Wednesday, October 11, 2023

Sejarah Proton Saga

 

Proton Saga merupakan model pertama syarikat automotif pertama Malaysia iaitu PROTON, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke-100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Semasa pelancarannya, kereta Proton Saga pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol bermulanya industri automotif negara. Sejak daripada itulah Proton Saga menyumbang sebahagian besar daripada hasil jualan Proton. Varian Saga amat popular di kalangan pemandu teksi kerana harganya yang murah serta kos penyelenggaraan yang rendah dan berbaloi.


Generasi pertama (C21A, C22A; 1985–2008)

Generasi pertama

Proton Saga salun

Pengilang Proton

Juga dikenali Proton MPI

Pengeluaran 1985–2008

Pendahulu Proton Saga Aeroback

Pengganti Proton Wira

Kelas Kereta kompak

Stail badan Sedan 4 pintu

Hatchback 5 pintu

Platform FF

Enjin 4G13 I4 1.3 L

4G15 I4 1.5 L

Transmisi Manual 5 kelajuan

Automatik 3 kelajuan

Berkait 1983 Mitsubishi Lancer

Chery Cowin


Bahagian dalam kereta

Rencana utama: Proton Saga (Generasi pertama)

Proton Saga telah dilancarkan pada Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia dan Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak ketika itu. Sebelum model Saga dilancarkan, sebuah pertandingan memilih nama kereta kebangsaan negara yang pertama telah pun diadakan, dan nama model diambil daripada nama yang dipilih oleh pemenang pertandingan tersebut. Pemenang pertandingan tersebut iaitu Ismail Jaafar[1], seorang tentera bersara memilih nama "Saga" kerana biji saga amat mudah didapati di Malaysia.


Keduanya, maksud dan nama Saga ialah era atau zaman, dimana era Proton muncul sebagai pengeluar kereta nasional pertama di Malaysia. Ia juga sedikit-sebanyak merevolusikan pembangunan industri negara kita.


Tetapi sebenarnya, kedua-dua teori atau tekaan di atas tidak betul. Saga sebenarnya membawa maksud Safety, Achievement, Greatness, Ability = S.A.G.A.


Tun Dr. Mahathir juga menggunakan kereta Proton Saga semasa upacara perasmian Jambatan Pulau Pinang pada 14 September 1985. Model terawal Proton Saga ditenagai enjin SOHC 8 injap 4 silinder yang dibekalkan oleh Mitsubishi dengan pilihan model 1.5L dan 1.3L. Varian transmisi automatik hanya boleh didapati pada model 1.5L sahaja. Versi hatchback pula dikeluarkan pada tahun 1987, dikenali dengan nama Proton Knight pada mulanya dan kemudian dikenali sebagai Proton Saga Aeroback.


Proton Saga mula dieksport di United Kingdom pada tahun 1989 dan sejak daripada itulah United Kingdom menjadi penyumbang utama pasaran eksport Proton. Pada tahun 1990 pula, enjin sedia ada dinaiktaraf kepada enjin 12 injap yang menghasilkan kuasa kuda kepada 75 bhp bagi model 1.3L dan 90 bhp pada enjin 1.5L. Selain itu, ciri keselamatan tambahan seperti tali pinggang belakang serta lampu brek ketiga turut dipasang.


Proton Iswara

Pada tahun 1992, model facelift Proton Saga telah dilancarkan dan dinamakan sebagai Proton Saga Iswara, atau Proton Iswara yang dinamakan sempena spesis rama-rama di Sarawak. Model tersebut sangat popular di kalangan pemandu teksi dan ada di antaranya yang diubahsuai sebagai kenderaan gas asli. Di UK, model Iswara pula menggunakan sistem suntikan bahan api dan penukar bermangkin serta dinamakan sebagai Proton MPi.


Penamaan semula

Pada tahun 2001, Proton mengubah suai sedikit bahagian luaran Iswara untuk menampakkan imej sporty dan model tersebut hanya boleh didapati dalam warna perak sahaja. Pada tahun 2003 pula, Proton sekali lagi mengubah suai bahagian luaran Iswara dan bahagian dalamannya diberikan reka bentuk baru berinspirasikan model kereta Lotus Elise dengan panel digital yang memuatkan tolok suhu, tolok bahan api serta odometer. Enjinnya juga ditala untuk menaikkan kuasa kudanya kepada 83 bhp. Model tersebut yang hanya didapati dalam pilihan enjin 1.3L dinamakan semula sebagai Proton Saga LMST.


Generasi kedua (BT3, BT6; 2008–2016)

Generasi kedua


Syarikat induk Proton

Juga dikenali Proton Base Line Model (BLM)

Pengeluaran Januari 2008[2]-2016

Kelas Kereta subkompak

(segmen A)

Stail badan Sedan 4 pintu

Enjin 1.3 L Campro I4

1.6 L Campro I4

Transmisi Manual 5 kelajuan

Automatik 4 kelajuan[3]

CVT

Tapak roda 2465mm

Panjang 4257mm

Lebar 1680mm

Tinggi 1502mm

Muatan bahan api 40L

Berkait Proton Savvy

Chery QQ6

Rencana utama: Proton Saga (generasi kedua)

Mula diumumkan secara rasmi pada 1 Januari 2008[4], model Saga yang berasaskan Mitsubishi digantikan dengan pengganti yang direka semula sepenuhnya, dikodkan sebagai Proton BLM (Base Line Model), juga dikenali sebagai Model Gantian Proton Saga, yang terus menggunakan nama Saga. Model generasi terdahulu akan dihentikan pengeluarannya pada Mei 2008.


Kelibat kereta tersebut mula kelihatan seawal pertengahan 2007 semasa ujian di jalan raya Malaysia, dilitupi tengan pita pelekat samaran hitam, sebelum sesi pra-tonton model tersebut mula ditawarkan pada awal 2008, diikuti dengan pelancaran rasminya pada 18 Januari 2008.[2] Proton Saga baru ini adalah model Proton paling rendah, dengan harga dalam lingkungan RM31,400 dan RM39,800 semasa pelancarannya.


Seperti generasi pertama Saga, kereta ini merupakan model kereta subkompak sedan 4 pintu dengan reka bentuk konservatif, dan turut mengekalkan sebahagian kecil reka bentuk daripada Proton Saga model tahun 2007 serta Proton Savvy, dan ia dibina berasaskan platform Proton Savvy yang dipanjangkan. Beberapa bahagian pada kerangkanya turut dibina khas bagi meningkat prestasi keselamatan semasa perlanggaran - bahagian zon remuk atau bahagian yang menyerap kebanyakan tenaga semasa perlanggaran.[5] Kereta tersebut digerakkan dengan enjin Campro yang diubahsuai, dilengkapi dengan Modul Masukan Udara Bahan Api (IAFM), serta ditawarkan dengan transmisi manual atau automatik.[5] Terdapat dua pilihan enjin bagi Proton Saga generasi kedua iaitu enjin 1.3 liter dan 1.6 liter.


Menurut seorang jurutera Proton, Proton Saga generasi kedua ini direka bagi membolehkannya ditukar kepada kenderaan gas asli (NGV) tanpa perlu banyak mengorbankan ruang but belakang bagi menempatkan tangki NGV.[5]


2010-2011 Proton Saga FL

Rencana utama: Proton Saga FL

Pada 30 November 2010, Proton memperkenalkan Proton Saga FL di Thai International Motor Expo 2010. Tampak lebih kemas dengan luaran yang besar, tetapi kebanyakan spesifikasi teknikal dan dalaman masih tidak berubah dari pre-facelift Saga. Saga FL dilancarkan di Malaysia dua minggu selepas diumumkan di Thailand. Ia didatangkan dengan dua pilihan transmisi iaitu transmisi automatik 4 kelajuan dan transmisi manual 5 kelajuan. Setiap Proton Saga FL datang standard dengan 4 tingkap kuasa. Kemudian pada Mei 2011, model yang lebih berkuasa yang dipanggil sebagai Proton Saga FL 1.6 Executive dilancarkan.


Proton Saga FLX (2011 - 2016)

Rencana utama: Proton Saga FLX

8 bulan selepas pelancaran Saga FL, Proton menambah barisan varian bawah model Saga FLX. Saga FLX boleh didapati dalam dua pilihan transmisi sama ada manual atau CVT dipacu enjin CamPro IAFM + dan terdapat pilihan untuk beg udara berkembar beserta ABS dengan pengagihan tekanan brek elektronik (EBD). Keluaran FLX ini jauh lebih baik berbanding keluaran sebelumnya dari segi pemanduan jarak jauh. Bahagian luaran Saga FLX adalah sama dengan Saga FL. Harga Proton Saga FLX bermula dari RM38,370.00[6]. Proton Saga FLX SE telah dilancarkan pada 30 November 2011 pada Harga RM49,470.00[7]Ia dikuasakan dengan enjin 108hp CamPro IAFM + 1.6 liter dipasangkan dengan CVT. Bahagian pemandu dan penumpang dilengkapi beg udara serta ABS dengan EBD sebagai standard. Saga FLX SE dilengkapi kit badan sporty dan hanya boleh didapati dalam dua warna, putih dan merah. Saga FLX memasuki pasaran Australia pada bulan Jun 2012, di mana ia telah ditukar nama sebagai FLX S16. Ia menggantikan S16 lama dalam armada Proton di Australia. S16 FLX didatangkan dalam dua varian, GX dan GXR, masing-masing dengan pilihan transmisi manual dan CVT, dengan beg udara berkembar serta ABS dan EBD standard bagi semua varian.


Anugerah dan pengiktirafan

Anugerah Kereta Rakyat dan Nilai Bagi Wang untuk Kereta Keluarga Terbaik - Anugerah Industri Auto-Auto Asia 2011[8]

Kereta Sedan Kompak Nilai Terbaik (Anugerah Kereta Tahunan NST-Maybank 2014)

Generasi ketiga (BT3; 2016–kini)

Proton Saga

Generasi ketiga

(BT, Mk4)

Maklumat

Pengilang Proton

Juga dikenali Proton P2-13A

Pengeluaran September 2016–sekarang

Pemasangan Malaysia: Shah Alam (PONSB)

Pendahulu Proton Saga

(generasi kedua)

Kelas Kereta subpadat

(segmen A)

Gaya badan Sedan berpintu empat

Reka letak Susunan atur enjin hadapan dan pacuan roda hadapan

Enjin 1.3 L VVT S4PE DOHC I4

Penghantaran Manual 5 kelajuan

CVT automatik

Jarak roda 2,465 mm (97.0 in)

Panjang 4,331 mm (170.5 in)

Lebar 1,689 mm (66.5 in)

Tinggi 1,491 mm (58.7 in)

Berat Kerb 1,035–1,075 kg (2,282–2,370 lb)

Pereka bentuk Azlan Othman

Rencana utama: Proton Saga (generasi ketiga)

Proton Saga generasi ketiga, dengan kod nama P2-13A merupakan sebuah sedan segmen A yang direkabina oleh pengeluar kenderaan buatan Malaysia Proton. Kenderaan ini dirasmikan pada tanggal 28 September 2016 sebagai pengganti rasmi bagi Proton Saga generasi kedua.


Saga generasi ketiga ini berasaskan platform Saga FLX , dan ia berkongsi enjin VVT 1.3 liter dari Proton Iriz.[9] Proton telah merekayasa semula sepenuhnya reka bentuk luaran Saga yang baharu. Bahagian dalamannya turut telah dirombak semula dan diperhalusi dengan penekanan kepada pengurangan bunyi, getaran, dan kekasaran (NVH).


Saga generasi ketiga ini telah ditempatkan sebagai sedan aras permulaan, lagi bawah daripada Persona yang lebih besar di segmen B. Tahap piawai keselamatan juga telah dipertingkatkan dengan pengenalan kawalan kestabilan elektronik (ESC) dan struktur badan yang 20% lebih kuat. ASEAN NCAP telah menganugerahkan penarafan keselamatan sebanyak 4 bintang untuk Saga baharu.


Anugerah dan pengiktirafan

Anugerah Bintang Meningkat Naik - Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2016[10]

Kereta Nilai Untuk Wang - Anugerah Kereta Tahunan Malaysia (COTY) 2016[11]

Sedan Kompak Terbaik - Anugerah Kereta Tahunan (VOTY) DSF.my Allianz 2018[10]

No comments:

Post a Comment

Sejarah Lambhorgini

 Automobili Lamborghini S.p.A. (Itali: [lamborˈɡiːni]  ( listen)) ialah jenama Itali dan pengeluar kereta sukan mewah dan SUV yang berpangka...